Selasa, 14 Mac 2017

"Pencarian bloglist CikJaja bagi Apr dan May"


Syarat nak join pencarian ni senang jeee:

1. Ehem, mestilah kena follow blog cikja.

2. Follow instagram @smshandcraft (ada chance tinggi ni) 
  * kalau tade insta, mention ye dalam post!

3. Tag kawan blogger at least 4blogger sahaja! 
    +Nur Athirah 
    +truly jaja 
    +Izzati Suhaide 

4. Tajuk entry mestilah "Pencarian bloglist CikJaja bagi Apr dan May"

5.  Link kan blog cikja pada banner and copy balik syarat-syarat ni, okay? 

SAMBUTAN HARI GLAUKOMA 2017

14 Mac 2016 di PUSANIKA, UKM
Jabatan Oftalmologi PPUKM menganjurkan Sambutan Hari Glaukoma
Kakitangan dan Pelajar UKM menerima pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan mata secara percuma
Sambutan amat menggalakkan.. Seramai hampir 380 peserta yang turut serta melakukan pemeriksaan percuma.
TERIMA KASIH WARGA UKM
Insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi








Selasa, 14 Februari 2017

DIARI 2017 PART 6: KUDAP-KUDAP ATKINS

Assalamualaikum...

Hari ni kita cerita pasal kudap-kudap la pulak... sebab apa? sebab pagi-pagi tadi masa nak datang keja perut aku punya la dok nyanyi lagu keroncong... lapaqnya... yang ada dalam keta ayaq masak ja... tak boleh jadi ni... aku pun singgah la shell sambil isi minyak sambil beli makanan... hahahha...

Bagi pengamal diet atkins ni rasa-rasa apa yang kita boleh beli untuk isi perut?? yang penting kenyang... haaa mai sini aku nak share.... bila kita dah masuk fasa 2 kita dah boleh makan kekacang... jom kita cari kacang yang sesuai... maksudnya jumlah karbohidrat rendah la kan...


Aku kenalkan KACANG GAJUS (MADU).. Brand Kangaroo.. Ada cop HALAL (penting).. harga aku beli kat Shell RM3.50..


Cuba tengok Nutrition Facts dia... Total Carbohydrate untuk 1 pek (30g) hanya 1.74g saja.... memang rendah sangat... sesuai untuk pengamal diet Atkins.. Makan kacang ni 1 pek dengan air masak kenyang tau... kalau tak percaya cuba tengok...

Bila dah sampai opis aku teringat aku ada beli yogurt dulu... tinggal sikit je... takut expired pulak... terus pi ambik kat pentri nak makan... Yogurt pun boleh makan untuk pengamal diet atkins bila dah masuk fasa 2... tapi kena yang asli tau... bukan yang ada perisa-perisa tu...


Yogurt Asli... Brand Nestle.. of course ada cop HALAL... harga tak silap aku RM6++ untuk 1 bekas (470g)


Tengok Nutrition facts untuk yogurt asli pulak.. Kandungan karbohidrat untuk 100g yogurt 6.7g sahaja... memang sesuai untuk diet atkins... actually aku pernah jumpa yogurt asli yang lagi rendah kandungan karbohidrat dia... tapi takde gambar la pulak... next time kalau aku beli lagi aku upkan entri kat sini... berapa banyak 100g yogurt tu?? aku pun tak pernah timbang... hahahahah... tapi aku selalu ambik dalam 3 ausu besar je sekali makan... rasa yogurt asli ni memang la tak boleh telan bagi yang tak biasa... rasa dia masam ja... takdak perasa lain... jadi nak bagi ada rasa korang tambah la buah-buahan berry macam strawberry dan blueberry dalam tu... kenapa buah berry je?? sebab diet atkins fasa 2 hanya boleh ambil buah berry ja... jadi jangan banyak soal... ikut ja na.. heheheh


Tapi hampa tengok apa aku taruk dalam yogurt tu... ni baki-baki kacang gajus tadi aku beli tak habis makan lagi... aku patah kecik-kecik taboq dalam tu.... rasa boleh tahan la... bila masuk mulut rasa masam... bila kunyah rasa lemak-lemak daripada kacang tu... boleh la nak telan...

Berapa jumlah karbohidrat aku dah ambik pagi ni??

andaikan aku makan:
yogurt asli 100g + 1 pek (30g) kacang badam
6.7g + 1.74g = 8.44g

Untuk fasa 2 pengambilan karbohidrat maksimum adalah 45g
Jadi ada baki lagi 36.56g.. banyak lagi boleh makan tu..

Senang kan Diet Atkins ni... makan la apa kita nak makan... janji makan ikut portion yang betul..

JOM DIET..

Isnin, 13 Februari 2017

DIARI 2017 PART 5: BYE BYE SIZE L


Assalamualaikum... ni gambar apa pulak atas ni ye?? takde seni langsung ambik gambar... hahahha... itulah baju kurung cotton yang aku let go pada staff aku.... baju tu lawa-lawa lagi... sayang... daripada simpan je dalam kotak aku pun decide kasi je la kat orang yang sesuai... rezeki staff aku la...

kenapa aku murah hati kasi baju kat orang ni?? sebab aku dah tak muat la nak pakai... bukan tak muat sebab kecik... tapi sebab besarrrr... heheheh... dulu-dulu iaitu sebelum start diet atkins aku pakai baju saiz L... ikutkan aku boleh je sarung baju saiz M tapi tak cover perut la... perut nampak haaaa macam ngandung 3 bulan... hahahah... sebab tu ambik size L... lepas diet atkins ni perut pun dah tak buncit jadi aku pakai baju size M la... kiranya aku kalau nak beli baju sekarang boleh ambik saiz S-M la...

Untuk yang ada masalah perut buncit tu sebenarnya takde jalan mudah nak kempis kan dia... 2 cara je... jaga pemakanan dan senaman... kalau dari pembacaan aku diet yang berkesan 80% pemakanan 20% senaman... jadi macam mana pun kena jaga makan...

jadi apa lagi... JOM DIET...

Ahad, 12 Februari 2017

DIARI 2017 PART 4: KELAS MEMANAH UNTUK ANAK_ANAK

Assalamualaikum..

Hari ni nak bercerita aktiviti hujung minggu yang lepas... kalau nak tanya aku apa aktiviti macam biasa la masak, basuh baju, kemas rumah... tu ja la... tak menarik kan.. hahahah... nak buat macam mana.. itu la rutin mak-mak.. tapi aku nak cerita pasal aktiviti anak-anak aku... PASTI anak ke-2 aku ada buat kelas memanah mula bulan Februari ni... kelas tu 2 kali sebulan.. yuran RM35/pax... ok la kan... anak sulung aku beria nak masuk kelas memanah tu... takkan nak hantar kakak je kan... kena la hantar adik sekali... takpe la... mak keje untuk sapa lagi kan... untuk anak-anak jugak... huhuhu... untung budak-budak sekarang... ada kelas itu, kelas ini boleh join... aku dulu yang tau main guli, main polis sentri... tu ja la... hahahahha

ok jom cerita pasal belajar memanah... apa kelebihan dia sebenarnya?? hasil google aku dapat la info ni dari salah satu blog ni... Blog Detik Islam...

copy & paste
Rasulullah SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.

Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

Kebaikan Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

haaa.... macam tu la keterangannya.... aku pun baru belajar ni... harap anak-anak aku dapat la manfaatkan kelas memanah ni dalam kehidupan seharian... jom layan beberapa gambar yang aku sempat amik masa latihan diaorang...

duduk dalam posisi yang betul

 tarik busur sekuat hati

lepasssssss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...