Khamis, 17 November 2011

TUTORIAL PENDAFTARAN PERNIAGAAN MELALUI ONLINE

ASSALAMUALAIKUM...
saya dapat idea nak tulis tutorial ni sebab sekarang dah ramai yang berjinak2 dengan perniagaan online... tak kisah la jenis perniagaan apa kan... tapi kalau boleh kita mendaftar la dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)... saya pun berniaga online dan dah mendaftar... saya daftar pun online jugak... sebab takde masa nak pegi pejabat SSM tu... so dengan tutorial ni diharap dapat membantu la peniaga2 untuk mendaftar perniagaan secara online... adalah dimaklumkan ini proses untuk peniaga yang 1st time nak mendaftar ye secara online...

1. buka laman web SSM (www.ssm.com.my), klik e-Lodgement


2. Klik Pendaftaran Perniagaan Dalam Talian (ROB)




3. Klik Online Services


4. Disebabkan anda belum mempunyai akaun dengan SSM, jadi proses seterusnya adalah Klik Not A Member? Please Sign Up
5. Klik INDIVIDUAL


6. Isi Borang Pendaftaran
7. Klik HANTAR
8. Skrin tertera 'Pendaftaran berjaya. Emel pengesahan telah dihantar. Sila buka Emel anda untuk mengaktifkan pendaftaran dalam masa 30 hari. Jika tidak akan akan dipadamkan'
9. Buka Emel dan klik pautan untuk mengaktifkan pendaftaran

10. Buka laman web myGovernment (www.malaysia.gov.my)
11. Klik LOG MASUK
12. Masukkan USER ID dan PASSWORD
13. Klik LOGIN
14. Untuk memudahkan pilih BAHASA MELAYU di web tersebut

15. Di dalam kotak carian taip SSM dan klik pada ikon di hujung kotak carian tersebut

16. Klik CARIAN LANJUTAN PERKHIDMATAN


17. Taip SSM di kotak Kata Kunci dan kemudian Klik CARIAN


18. Klik SSM-PENDAFTARAN 'SUBSCRIBER' SSM


19. Klik OK


20. Dalam skrin seterusnya Scroll ke bawah... Pilih ROB di Jenis 'Subscriber'... Kemudian Klik ISI 
    BORANG
21. Isi Borang Pendaftaran 'Subscriber' SSM yang tertera
22. Klik TAMAT
23. Klik OK pada skrin DATA SUDAH DISIMPAN

24. Tandakan di bahagian 'Saya bersetuju dengan syarat dan peraturan yang termaktub pada Syarat-Syarat di laman web ini'... Klik HANTAR
25. Kemudian skrin Maklumat Bayaran akan tertera

26. Pilih Kaedah Bayaran dan Jenis Akaun dan Klik BAYAR...


P/S: bila tiba proses bayaran ni kadang2 masalah sikit... tambah2 jika kita pilih untuk bayaran secara Debit Langsung/FPX... jika ini pilihan anda pastikan fungsi 'POP UP' di komputer anda berfungsi dengan baik... yang paling mudah adalah bayaran menggunakan kaedah Kad Kreadit


selesai TUTORIAL saya yang panjang lebar... harap2 kawan2 faham la ye :)... 1st time buat tutorial ni... semoga ianya membantu...

Isnin, 31 Oktober 2011

ERYMIN'S GIVEAWAY


ASSALAMUALAIKUM...

ini 1st time ERYMIN COLLECTIONS nak buat Giveaway...
hope dapat sambutan yang menggalakkan..
SYARAT2 PENYERTAAN:
1. WAJIB follow blog ERYMIN COLLECTIONS (http://erymincollection.blogspot.com/)
3. buat entri yang simple mengenai giveaway ni....
4. letak BANNER di atas dan link kan ke entri ni....
5. tinggalkan link korang di komen.... (jangan letak di shoutbox)

HADIAH MISTERI MENANTI 3 PEMENANG BERTUAH

PEMENANG DI PILIH MELALUI CABUTAN BERTUAH

TARIKH TUTUP:
30/11/2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...