Rabu, 8 Februari 2017

DIARI 2017 PART 2: DIET ATKINS PILIHAN HATI

Assalamualaikum..

berjumpa lagi kita... entri sebelum ni aku janji nak cakap pasal diet jenis mana yang aku ikut kan... haaa ni nak cerita... tapi tak jadi surprise dah la sebab dah tulis kat tajuk tu haa.. heheheh... oklah straight to the point... pasai pa aku pilih diet atkins ni untuk mencapai azam turunkan berat badan aku tahun ni... ada beberapa sebab... antaranya aku terpengaruh dengan adik ipaq aku... hahahah... dulu dia berisi dari aku... aku ni kategori sedang-sedang la... tapi la ni dia lagi nampak slim dari aku wehhh... tergugat kakak ni haaa... adik ipaq aku ni dulu 90kg++ boleh turun sampai 60kg++ dengan diet atkins tau... sekarang ni dia siap jadi tenaga pengajar lagi untuk sapa-sapa yang nak try diet atkins... tapi dia buat melalui online la... la ni kan senang ja... semua di hujung jari.. lagi membanggakan adik ipaq aku ni siap masuk rancangan tv haa... cerita pasal diet ni la... so dipendekkan cerita aku dah ada sumber rujukan yang mudah dan boleh dipercayai untuk mulakan diet ni... kita nak start diet ni kena ada ilmu gak... jangan pandai-pandai sendiri ja tak study dulu.. nanti kalau tak menjadi diet kita frust pulak kan..

yang kedua kenapa aku pilih diet atkins.. sebab bila study-study aku rasa diet ni mudah untuk aku ikut... diet ni gunakan kiraan KARBOHIDRAT yang boleh diambil oleh badan.. kalau kira karbohidrat ni mudah sikit bagi aku... kalau kita beli barang makanan yang dipek kita boleh tengok kandungan karbohidrat di bahagian nutrisi.. contohnya untuk fasa pertama kita hanya boleh ambil 20g karbohidrat.. rasa-rasa nak minum air teh masa fasa pertama ni  aku cadangkan teh hijau sebab rendah karbohidrat.. tengok gambar di bawah


Kandungan karbohidrat untuk teh hijau ni hanya 0.6g.. boleh sangat nak minum... dengan syarat jangan campur gula... kenapa tak boleh campur gula?? cuba tengok kandungan karbohidrat dekat plastik gula pulak... tinggi ka rendah?? jadi nak diet atkins ni kena la bijak pilih makanan ye...

kalau nak cerita pasal diet atkins ni confirm seminggu tak habis... hahahah... jadi hampa boleh la rujuk dekat blog Tak Nak Gemuk ni.. kalau nak paham pasai diet atkins kena baca keseluruhan blog tu... tapi sebenaqnya aku pun baca celup-celup ja... hahahha... sebab macam aku cakap sebelum ni aku kan ada sumber rujukan yang terdekat iaitu adik ipaq aku... jadi nak tanya apa-apa senang whatsapp ja... hahahah... senang hidup... 

oklah aku letak la sikit info pasai diet atkins ni... tu pun aku copy paste gambaq dalam internet... heheheh... kalau hampa minat nak try diet ni rajin-rajin la google info pasai ni... belambak dekat internet.. nak dengan taknak ja.... so apa lagi... JOMMM KURUSSS...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...